
SYARAT KELAYAKAN, SKOP KERJA DAN TATACARA PERMOHONAN
INISIATIF PENYELENGGARAAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI) SELURUH NEGARA TAHUN
2026
SYARAT KELAYAKAN
- Organisasi hendaklah berdaftar di bawah entiti undang-undang.
- Organisasi hendaklah mempunyai akaun bank atas nama Organisasi.
- Organisasi hendaklah mempunyai dokumen tanah / perjanjian sewa yang sah.
- Jumlah bantuan kewangan yang dimohon hendaklah tidak melebihi RM250,000.00.
- Organisasi hendaklah memastikan skop kerja yang diluluskan sebelum ini telah disiapkan dan Laporan Akhir telah dikemukakan kepada Urus Setia.
SKOP KERJA
- Kerja-kerja Pembaikan.
- Kerja-kerja Pengubahsuaian.
- Kerja-kerja Penyelenggaraan.
- Kerja-kerja Pembinaan Bangunan Baharu.
- Kerja-kerja Kecemasan.
TATACARA PERMOHONAN
- Organisasi hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Sistem e-RIBI (eribi.kpkt.gov.my)
- Organisasi adalah diminta merujuk Panduan Permohonan Inisiatif Penyelenggaraan RIBI Seluruh Negara Tahun 2026 bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum mengemukakaan permohonan.